Suami kena banyak beralah, berterus-terang - Fizz Fairuz - Utusan Malaysia

Suami kena banyak beralah, berterus-terang – Fizz Fairuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 36, memaklumkan bukan mudah untuk seorang suami yang juga pelakon meyakinkan seorang isteri terhadap kesetiaan mereka lebih-lebih lagi apabila bekerja dalam bidang yang melibatkan ramai pelakon wanita di set penggambaran filem atau drama.

Justeru katanya, dalam apa keadaan sekalipun, suami perlu bersikap telus dan terbuka untuk mengelakkan salah faham yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

“Kadang-kala kita berkawan dan bertukar nombor telefon tetapi sebagai suami, ada sempadan yang kita perlu kita letakkan. Hati kita tetap kepada isteri.

“Bukan senang untuk kita meyakinkan pasangan berhubung isu kesetiaan kepada mereka. Pergaduhan akan berlaku apabila pasangan kita berfikir yang bukan-bukan.

“Suami kena banyak beralah dan berbincang dengan isteri apabila berlaku konflik dalam rumah tangga,” katanya mengulas mengenai isu gangguan orang ketiga yang juga banyak berlaku kepada rumah tangga seorang artis ataus selebriti.

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ke-24 ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada tahun 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata dan seorang anak angkat.

Fizz berkata insiden godaan orang ketiga tidak pernah lagi berlaku berlaku dalam rumah tangganya dan berharap ia kekal harmoni sedemikian.

“Yang ada pun cuma scammer di media sosial. Saya lebih terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada isteri apabila menggunakan media sosial.

“Mungkin sebelum berkahwin dahulu, kalau ada mana-mana wanita yang mahu berkenalan, saya akan layan. Tetapi sekarang tidak, anak pun dah empat orang.

“Tetapi perkara ini kita tak boleh nak cakap sekarang. Esok lusa kita berubah, kita tak tahu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya