Shamsul Nasarah pertahan Ahli MT UMNO

Shamsul Nasarah pertahan Ahli MT UMNO

SHAMSUL Anuar Nasarah (kanan) ketika menyerahkan borang pencalonan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memutuskan untuk mempertahan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu setelah membuat pertimbangan mendalam dan sewajarnya.

Menurut Shamsul Anuar, beliau juga membuat keputusan itu setelah memahami dan menghormati pandangan serta permintaan semua pihak.

“Bagaimanapun setelah membuat pertimbangan mendalam dan sewajarnya. Saya memutuskan untuk mempertahan kedudukan saya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menepis khabar mengatakan beliau akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri itu menyerahkan borang pemilihan UMNO, sebagai tanda menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Shamsul Anuar berkata, tujuan beliau bertanding hanyalah demi kerana Allah SWT dan ingin berbakti kepada parti demi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

“Paling utama kesetiaan saya tetap kepada parti dan saya hanya ingin berkhidmat serta berbakti. Ikrar saya selagi perjuangan parti tidak lari dari prinsip dan ideologinya, saya akan lakukan apa saja demi parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya