Selepas 3 bulan dipecat, Annuar Musa intai sertai parti politik

Selepas 3 bulan dipecat, Annuar Musa intai sertai parti politik

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tiga bulan dipecat daripada UMNO, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berhasrat menyertai parti politik bagi meneruskan semula perjuangan politik secara berparti. 

Menurut Annuar, tempoh tiga bulan tidak berparti itu digunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara. 

“Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu) saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehinggalah saya dibuang dari parti tersebut Disember lalu.

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya dan parti yang benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka. Kepada Allah saya berserah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Annuar yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Ketereh dipecat daripada parti itu selepas didakwa lantang mengkritik kepemimpinan parti itu terutamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Susulan itu, Annuar menggerakkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) selain menegaskan ia bukan sebuah badan politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya