Saya kagum persembahan Naim Daniel- Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Saya kagum persembahan Naim Daniel- Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shiha Zikir tidak berkecil hati dengan pandangan segelintir pihak yang menyifatkan persembahan Naim Daniel lebih layak menerima trofi Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu Ke-37, malam tadi.

Shiha yang memenangi kategori itu menerusi lagu Irama berkata, dia menghargai setiap pandangan dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kemenangannya itu.

“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Bila tengok sewaktu raptai, saya fikir ini kerja gila. Memang hebat! Malah, semua peserta juga memberikan persembahan yang cukup hebat.

‘Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Jadi, bila ada yang cakap persembahan artis lain seperti Naim lebih layak, saya tidak salahkan mereka. Masing-masing ada pandangan dan selera sendiri.

“Tetapi, ini adalah pertandingan. Lebih-lebih lagi jika kategori itu dinilai daripada undian. Jadi, saya percaya kepada rezeki. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada saya,” katanya.

AJL37 yang berlangsung malam tadi menyaksikan Aina Abdul menamatkan penantian empat tahun apabila berjaya dinobatkan sebagai juara menerusi lagu ciptaan penyanyi itu sepenuhnya, Terus Hidup.

Naib juara AJL37 pula menjadi milik penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow dan Sonaone menerusi lagu Satu Malam Di Temasek, manakala tempat ketiga diraih Alif Satar & The Locos menerusi lagu Anugerah Terindah.

Dalam pada itu, Shiha berkata, dia berhabis lebih RM100,000 bagi merealisasikan persembahan berkonsep lampu neon elektronik dan laser selari dengan susunan muzik baharu lagu tersebut.

“Memang banyak berhabis, lebih RM100,000 tetapi bagi saya berbaloi. Saya memang nak all out, baik dari segi konsep, baju dan sebagainya. Terima kasih kepada team Shiha Zikir terutama Arul yang bersama-sama fikir idea.

“Lampur laser pun menelan belanja RM60,000, memang mahal. Tetapi, saya puas. Lagipun, AJL pentas berprestij, saya tidak mahu lokek bila membuat persembahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya