Saya cuma akan jawab pasal bola - Zainal Abidin

Saya cuma akan jawab pasal bola – Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Maaf, kalau pasal bola saya akan jawab. Yang lain, tak mahu.”

Demikian kenyataan bintang bola sepak legenda, Datuk Zainal Abidin Hassan yang kekal mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan atau jawapan berhubung kontroversi perkahwinan keduanya dengan penyanyi, Fyna Jebat.

Zainal sehingga hari ini tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung pelbagai dakwaan yang timbul selepas pernikahan mereka mula dihidu peminat.

Beliau yang juga jurulatih bola sepak berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027, hari ini.

Fyna yang juga adik kepada penyanyi, Ayda Jebat ketika mengesahkan spekulasi itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.

“Terima kasih banyak-banyak, terima kasih atas komen yang baik.

“Sudah tentu dia (suami) bagi sokongan kepada karier seni saya selepas ini,” katanya.

Ahad lalu, Fyna dan Ayda membawa pulang hadiah kemenangan RM20,00 selepas merangkul tempat kedua dalam program realiti, Famili Duo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya