Saya akan bangkitkan isu pengeluaran KWSP bersasar di Parlimen

Saya akan bangkitkan isu pengeluaran KWSP bersasar di Parlimen – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob ketika menerima kunjungan Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabatnya, petang semalam. - FOTO/FACEBOOK ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen untuk membangkitkan isu berhubung pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar di Dewan Rakyat, bulan ini. 

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ia selepas beliau menerima memorandum tuntutan itu dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabatnya, petang semalam. 

Jelasnya, memorandum itu menuntut pengeluaran secara bersasar bagi menangani kos sara hidup yang semakin meninggi. 

“Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini. 

“Insya-Allah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Selain Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan pengeluaran KWSP sama ada secara bersasar atau one off

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam satu majlis di Kangar, Perlis sebelum ini, dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan lagi pengeluaran tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.