Reman pembantu tukang masak bunuh majikan disambung

Reman pembantu tukang masak bunuh majikan disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tempoh reman seorang pembantu tukang masak yang disyaki membunuh majikannya di sebuah restoran di Jalan Stadium, di sini minggu lalu disambung sehingga 16 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tempoh reman selama tujuh hari ke atas suspek sebelum ini berakhir hari ini.

“Reman disambung bagi membolehkan siasatan terhadap kes tersebut diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Pada 4 Februari lalu, seorang lelaki berusia 68 tahun yang merupakan pemilik restoran rebah setelah bergaduh dengan pekerjanya yang juga pembantu tukang masak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, kedua-dua mereka dipercayai berbalah susulan perselisihan faham antara anak mangsa dan isteri suspek berkaitan bekas peralatan makanan yang sudah dicuci di restoran tersebut.

Difahamkan berlaku perang mulut antara dua lelaki terbabit sebelum mangsa turut diserang dengan menggunakan kayu dan ditumbuk.

Pergaduhan antara mereka berjaya dileraikan, namun mangsa dikatakan rebah sebelum disahkan meninggal dunia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.