Remaja tunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan 

Remaja tunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan 

KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang terlibat kemalangan berhampiran Loji Air Jalan Tulai, Bintangor Sarawak, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Seorang remaja maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan di Jalan Tulai di sini, hari ini. 

Ketika kejadian, mangsa dari arah Pekan Bintangor menghala ke Bandar Sibu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8:13 pagi berhubung insiden terbabit berhampiran Loji Air Jalan Tulai.

“Setibanya anggota di lokasi didapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN