Reezal Merican tawar diri Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Reezal Merican tawar diri Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjadi individu keempat menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO.

Menerusi satu hantaran poster, Reezal Merican memaklumkan beliau memutuskan demikian kerana atas rasa tanggungiawab untuk bersama kepimpinan parti di setiap peringkat bagi mengembalikan kegemilangan UMNO tercinta ini.

Selain Reezal Merican, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan dua lagi penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Mahdzir Khalid menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden.

Seorang lagi penyandang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga kini belum menyatakan pendirian.

Selain Johari, nama lain yang dikatakan berpotensi sebagai Naib Presiden antaranya Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, namun setakat ini masih belum menghantar borang pencalonan.

Berbaki dua hari untuk mana-mana pemimpin UMNO yang berhasrat bertanding Naib Presiden UMNO perlulah menghantar borang pencalonan menjelang Ahad ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya