Rapatkan jurang bandar, luar bandar - Utusan Malaysia

Rapatkan jurang bandar, luar bandar

AHMAD Zahid Hamidi ketika menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023 yang berlangsung di ibu negara. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) mahu merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dengan memfokuskan empat tumpuan utama yang sudah dijenamakan semula di bawah kerajaan baharu.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, empat aspek utama yang diberikan penekanan adalah prasarana luar bandar, program modal insan, program keusahawanan dan ekonomi.

“Keempat-empat bidang fungsi yang digerakkan akan dilaksanakan melalui 22 program ‘quick wins’ dan 19 rancangan perubahan (game changer) yang akan diumumkan dari semasa ke semasa serta akan dilakukan tindakan susulan.

“Satu ‘task force’ akan diwujudkan bagi pelaksanaan semua program ini dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian akan menjadi pengerusi tersebut serta ketua agensi dan Timbalan KSU akan menjadi pasukan kumpulan tersebut.

“Kami berhasrat merapatkan jurang ini supaya tidak berlaku pemindahan sosial mobiliti secara mendatar kerana tiada peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.

“Kita mesti mengambil langkah mewujudkan peluang pekerjaan serta menjadikan anak luar bandar usahawan dan beberapa lagi perubahan lain supaya mereka akan mempunyai masa depan di luar bandar,”  katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik KKDW di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa yang sama, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menumpu kepada dua aspek iaitu peluang pekerjaan baharu dalam bidang teknikal kepada anak-anak desa serta bagi mewujudkan usahawan.

“Beberapa negara sudah mula menggunakan ekonomi luar bandar sebagai tulang belakang ekonomi mereka dengan mencipta peluang pekerjaan dan industri baru serta apa-apa peluang baharu.

“Rancangan ini sudah bermula sejak saya datang ke kementerian ini, selepas mesyuarat Kabinet khas yang pertama, saya sudah berjumpa dengan pegawai atasan dan berkongsi visi saya.

“Kami juga bekerjasama bukan sahaja dengan pihak swasta tetapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya