Pulih sahsiah pelajar terlibat vandalisme - Utusan Malaysia

Pulih sahsiah pelajar terlibat vandalisme

Seramai 259,668 calon bakal menduduki ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Jabatan Pendidikan negeri berazam memulihkan sahsiah sekumpulan pelajar yang terbabit dalam aktiviti vandalisme di sebuah sekolah di sini dalam kejadian baru-baru ini.

Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pihaknya juga akan berusaha bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Sememangnya kita kesal atas kejadian yang berlaku, malah perjumpaan bersama pelajar serta waris terlibat sudah diadakan dan segala tindakan susulan akan diambil berdasarkan pekeliling yang ada.

“Kami percaya ada sebab tertentu mereka berbuat demikian dan kita berazam untuk memulihkan balik keadaan supaya anak-anak ini sedar dan faham apa yang mereka buat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi di sini.

Sabtu lalu, tular rakaman video di media sosial rakaman video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah antaranya kerusi, kipas dan pintu tandas.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid memaklumkan seramai 19,501 pelajar di negeri ini menduduki SPM yang bermula hari ini hingga 15 Mac depan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 1,013 pelajar terdiri daripada calon persendirian manakala 133 pelajar adalah calon berkeperluan khas.

“SPM kali ini dijalankan di 147 pusat peperiksaan manakala 2,312 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Selain itu, seorang calon terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sungai Bakap (HSB) kerana masih dalam rawatan akibat Covid-19,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.