Polymyxins disenarai bahan terlarang ubat veterinar

Polymyxins disenarai bahan terlarang ubat veterinar

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan semua polymyxins sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar untuk spesis sasaran di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari lalu.

Beliau berkata, larangan itu bagaimanapun tidak membabitkan produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.

“Pembatalan pendaftaran produk ubat veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuat kuasa serta-merta, malah pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk tidak dibenarkan serta-merta.

“Pemegang Pendaftaran Produk pula dibenarkan menghabiskan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat pembatalan produk.

“Penolakan permohonan pendaftaran baharu produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin (kecuali Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuat kuasa serta merta,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, KKM juga tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula bagi produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxins (kecuali polymyxin B).

Dr. Noor Hisham berkata, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan.

Menurutnya, KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat veterinar yang dibekalkan di Malaysia dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Penilaian manfaat risiko dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalah guna dalam makanan haiwan sebagai agen penggalak pertumbuhan (growth promoter).

Dr. Noor Hisham berkata, penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR).

Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin B dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine.

Seterusnya polymyxins dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya