PN perkenal ‘bayang’ kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan

PN perkenal ‘bayang’ kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memperkenal sebuah jawatan kuasa portfolio yang menjadi ‘bayang’ kepada Kabinet kerajaan hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet bayangan itu dilengkapi ahli-ahli Parlimen daripada gabungan parti politik tersebut yang mempunyai kemahiran, latar belakang dan pengalaman dalam kerajaan terdahulu.

Kata beliau, ia merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, pertanian, alam sekitar dan pendidikan.

“Ini supaya ahli-ahli Parlimen PN bukan sekadar menjadi wakil rakyat biasa tetapi ada kemahiran dan pengalaman. Mereka kemudian akan respon kepada beberapa isu yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.

“Ini supaya PN dilihat sebagai ahli Parlimen pembangkang yang berkesan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal dinamakan sebagai timbalan kepada bekas Perdana Menteri ke-8 itu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga kekal sebagai ketua pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya