PN belum bincang nama KJ sebagai MB Negeri Sembilan

PN belum bincang nama KJ sebagai MB Negeri Sembilan

TUAN Ibrahim Tuan Man (kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengesahkan Perikatan Nasional (PN) masih belum membincangkan nama bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat pihaknya masih belum menerima permohonan daripada KJ untuk menyertai PN.

“Tengoklah kalau beliau memohon menyertai PN, kita akan fikir di Dewan Undangan Negeri (DUN) mana sesuai untuk beliau bertanding dan sebagainya.

“Kita tetap berlapang dada dan terbuka menerima beliau serta lain-lain pemimpin atau ahli UMNO yang dipecat atau digantung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, pada masa sama Pas turut mengalu-alukan ahli-ahli Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan persepakatan politik bersama kluster mahkamah untuk bersama PN.

Media sebelum ini melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan bersedia menawarkan jawatan Menteri Besar kepada KJ sekiranya beliau mahu bertanding PRN di negeri itu di bawah tiket Bersatu.

Pengerusinya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, soal menteri besar adalah persoalan kecil kerana paling penting adalah memastikan kemenangan kepada Bersatu dan PN.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya