Pintu automatik 10 negara berisiko rendah di KLIA  dibuka petang ini

Pintu automatik dibuka kepada pelancong dari 10 negara berisiko rendah di KLIA petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pintu automatik di KLIA dibuka bermula petang ini untuk 10 negara berisiko rendah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di pintu masuk negara khususnya bermula pukul 3 petang sehingga 11 malam.

“Saya akui masalah benar-benar wujud, ikhtiar yang sedang saya usahakan untuk masa sekarang ini adalah, kami akan maklumkan beberapa langkah, seperti petang ini saya akan maklumkan pembukaan semua autogate adalah untuk warga negara asing juga terutama negara berisiko rendah seperti Singapura,  Brunei, New Zealand, Negara G.

“Sebelum ini pintu automatik untuk rakyat negara kita sahaja keluar dan masuk, tidak buka kepada warga asing.

“Ada lagi ikhtiar lain yang kami sedang susun,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Mumtaz Md. Nawi (PN-Tumpat) bertanyakan sama ada kerajaan menyedari berlaku kesesakan di pintu masuk utama negara semata-mata untuk mengecop pasport. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN