Pikat Undi18, anak muda jika PH-BN mahu teraju Kelantan

Pikat Undi18, anak muda jika PH-BN mahu teraju Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerjasama menerusi Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat perlu bekerja keras ‘memikat’ hati golongan muda serta Undi18 jika mahu menggugat kekuatan Pas di Ke­lantan pada Pilihan Raya Ne­geri (PRN) nanti.

Situasi itu dapat dilihat apabila dua kumpulan itu memberikan sokongan padu kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga berjaya me­ngulangi pencapaian tahun 1990 lalu dengan menyapu bersih kesemua 14 Parlimen di ne­geri ini.

Menambahkan lagi ‘kekuatan’ Pas, apabila anak-anak Kelantan di perantau terus menjadi ‘deposit’ tetap kepada Pas sebagaimana yang ditunjukkan pada PRU-PRU sebelum ini.

Sokongan itu dizahirkan secara terbuka menerusi kibaran bendera bulan di kenderaan masing-masing sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah untuk pulang mengundi sekali gus memberi gambaran Pas pilihan mereka untuk dipangkah.

Berpandukan kepada situasi itu, gabungan PH dan BN perlu mengambil tindakan segera dengan mendekati kumpulan berkenaan jika bertekad untuk merampas pentadbiran negeri ini daripada Pas.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh gabungan tersebut secara serius untuk berusaha ‘memikat’ hati pengundi 18 dan anak muda termasuk rakyat Kelantan.

Ia termasuklah menjadi ‘kum­pulan hadapan’ dalam mem­perjuangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Malah pengumuman berkait dengan kerjasama PH-BN yang dipraktikan menerusi Kerajaan Perpaduan masih belum diterjemahkan secara mutlak di negeri ini.

Walaupun dilihat masih terlalu awal, namun usaha ini perlu digerakan dari sekarang kerana ia melibatkan banyak perkara termasuklah agihan kerusi, se­narai calon, penggunaan logo dan sebagainya.

Andainya kerjasama BN-PH menjadi kejayaan, PRN kali ini bakal menyaksikan pertembu­ngan dua penjuru antara gabu­ngan Kerajaan Perpaduan de­ngan Pas.

Mengambil kira jumlah undi kedua-dua parti itu jika dicampur, berkemungkinan besar Pas Kelantan perlu ‘bermandi’ peluh jika mahu kekal menerajui bumi serambi Mekah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN