Petronas sahkan sitaan dua entiti di Luxembourg

Petronas sahkan sitaan dua entiti di Luxembourg

petronas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas, mengesahkan arahan penyitaan terbaharu ke atas dua entitinya di Luxembourg dan juga syarikat induk mereka. 

“Petronas dengan tegas mengekalkan pandangan bahawa tindakan yang diambil oleh waris kumpulan Sulu terhadap entiti berkenaan adalah tidak berasas, dan akan terus mempertahankan kedudukan kami dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua aset Petronas iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.

Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat Petronas susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka peroleh terhadap aset kerajaan Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah yang dilihat Reuters daripada peguam waris Kumpulan Sulu, mereka memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberi kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu.

Timbang tara berkenaan adalah berhubung tuntutan waris kumpulan itu terhadap Malaysia mengenai hak penguasaan kawasan yang dikata dimeterai pada zaman kolonial.

Malaysia tidak pernah mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses itu adalah tidak sah.

Negara sudah mendapat penangguhan bagi tuntutan itu di Perancis tetapi keputusan tetap boleh dikuatkuasakan di 165 negara di bawah Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (Konvensyen New York), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Petronas sebelum ini menegaskan akan menentang sebarang tuntutan dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang rampasan ke atas asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan daripada dirampas di luar negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya