IPOH: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan Anwar membenarkan amalan lesbian, gay biseksual dan transgander (LGBT) dalam ceramah semasa kempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Permohonan maaf itu dibuat di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya. Dalam permohonan maaf secara tidak bersyarat, Razman berkata, ucapannya…










