Persembahan dron terbanyak, Bulan Bintang tersenarai Malaysia Book of Records - Utusan Malaysia

Persembahan dron terbanyak, Bulan Bintang tersenarai Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jenama pakaian terkemuka tempatan, Bulan Bintang mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi persembahan dron terbanyak dalam negara.

Inisiatif itu dilakukan menerusi pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, pihaknya telah membelanjakan RM2 juta untuk merealisasikan pertunjukan tersebut yang turut menjadi tular di media sosial.

“Semuanya dilakukan bagi memberi kelainan yang tidak pernah dibuat apatah lagi untuk sebuah pertunjukan fesyen. Kami bawakan formasi dron ini yang didatangkan khas dari United Kingdom (UK).

“Inspirasi ini saya dapat elepas melihat kehebatan formasi dron ini ketika bercuti ke luar negara. Tak dinafikan, kos untuk formasi ini sahaja telah menelan belanja sebanyak 80 peratus daripada kos keseluruhan.

“Secara totalnya, kami telah membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk merealisasikan pertunjukan ini,”katanya.

Selain itu, acara itu turut dimeriahkan dengan ‘projection mapping’ atau video mapping iaitu sebuah teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman menarik.

Difahamkan,pProjection mapping di tiang Menara Kuala Lumpur itu memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.

“Pertunjukan fesyen ini bersempena koleksi raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

“Kami menyasarkan jualan satu juta unit terjual sebelum sambutan Syawal ini,” katanya.

Selain itu, pertunjukan itu menampilkan barisan duta dalam kalangan selebriti seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Dalam pada itu, kata Azzim lagi, pemilihan enam duta tersebut diyakini dapat memberi nilai tambah pada jualan jenama pakaian mereka.

“Pada tahun ini kami memilih barisan selebriti yang memberi pengaruh kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

“Kami ada duta di setiap peringkat umur dan berharap Bulan Bintang dapat memberi impak hebat pada tahun ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya