Permohonan kemasukan ke universiti awam dibuka 7 Februari

Permohonan kemasukan ke universiti awam dibuka 7 Februari

KPT membuka permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2023/2024 ke program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi bermula 7 hingga 28 Mac 2023. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi bermula 7 hingga 28 Mac depan.

KPT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, permohonan itu bagi kemasukan ke 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat institusi kemahiran tinggi awam (ILKA).

Menurutnya, permohonan boleh dibuat menerusi UPUOnline® sepanjang tempoh itu untuk bagi permohonan fasa pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi permohonan fasa kedua.

“Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan fasa pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga atau ujian dibuka bagi permohonan fasa kedua,” katanya.

Katanya, selaras hasrat kerajaan meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, KPT menanggung sepenuhnya kos RM15.00 sebagai Bayaran Proses UPUOnline® bagi mendapatkan Unik ID.

KPT berkata, dijangkakan lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang membawa implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta.

Menurutnya, semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 471 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,088 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM dan setaraf oleh UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya