Perlembagaan status anak lahir luar negara dipinda

Perlembagaan status anak lahir luar negara dipinda

PINDAAN Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju dengan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang kepada anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi kenyataan bersama.

Menurutnya, pindaan itu membabitkan Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

“Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.

“Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’.

“Pindaan perkataan itu sekali gus membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Katanya, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 seterusnya dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini setelah memenuhi kehendak undang-undang.

Pada masa sama, katanya, pindaan lain berkaitan kewarganegaraan terutama Bahagian III akan dikaji lebih terperinci oleh jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan tersebut dimuktamadkan.

Katanya, pindaan Bahagian III itu sejajar komitmen kerajaan mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki, menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia dan menyelesaikan lambakan kes tertunggak permohonan kewarganegaraan.

Jelsnya lagi, kesan daripada keputusan itu, anak yang lahir di luar negara sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.