Perkasa bandar rendah karbon - Utusan Malaysia

Perkasa bandar rendah karbon

Bandar rendah karbon
NIK NAZMI Nik Ahmad menyampaikan anugerah kepada penerima pada majlis itu di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan komited terus memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon yang menyumbang signifikan kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Inisiatif itu dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PBT disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan yang bersesuaian dengan konsep tersebut.

“Saranan itu penting ke arah mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca (GHG) berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) 2021. 

“Perancangan dan pembangunan bandar  mampan berupaya membangunkan ekonomi hijau tempatan selain peluang pekerjaan dan menarik pelaburan domestik serta antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022, malam tadi.

Penerima anugerah itu terdiri daripada badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan GHG menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030. 

Tiga penyertaan diberi pengiktirafan Reka Bentuk Diamond yang berpotensi mengurangkan kadar pelepasan GHG  manakala 11 lagi Provisional Certificate atas usaha pembangunan data penanda aras dan pelan tindakan dasar tersebut.

Jelas Nik Nazmi, kementerian turut akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri dan PBT bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan NLCCM.  

“Ia selaras sasaran bagi mewujudkan 200 zon rendah karbon dan 1,000 rakan kongsinya di seluruh negara menjelang 2030.

“Malaysia perlu terus komited dan progresif menangani isu perubahan iklim bagi mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050,” ujarnya.

Tambah beliau, pengurangan pelepasan GHG yang dicatatkan tahun lalu berjumlah 209,214 tan karbon dioksida dan bersamaan dengan penanaman 5.2 juta batang pokok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.