Perhilitan berjaya tangkap beruang matahari - Utusan Malaysia

Perhilitan berjaya tangkap beruang matahari

BERUANG matahari yang ditangkap selepas masuk perangkap di Kampung Sri Jelutong, Malim Nawar, Kampar semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seekor beruang matahari yang menimbulkan kebimbangan penduduk kawasan Kampung Sri Jelutong, Malim Nawar dekat sini, berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, beruang jantan berusia antara tujuh ke lapan tahun itu ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap, semalam.

Katanya, haiwan seberat 87 kilogram itu kemudian dilepaskan ke Taman Negeri Royal Belum.

“Perhilitan Daerah Kinta dengan kerjasama Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) telah selamat menjalankan operasi translokasi haiwan berkenaan.

“Pemeriksaan pada beruang itu menunjukkan haiwan terbabit berada dalam keadaan stabil dan sihat untuk dilepaskan,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media Sabtu lalu, seorang penduduk terkejut apabila menemukan beruang matahari yang dilihat berkeliaran di tepi jalan sekitar pukul 12.30 tengah malam.

Haiwan yang pada mulanya disangkakan anjing itu bagaimanapun gagal dikesan selepas dipercayai masuk ke hutan berhampiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.