Peralihan kepada RE boleh bawa manfaat ekonomi

Peralihan kepada RE boleh bawa manfaat ekonomi

NIK Nazmi Nik Ahmad (dua dari kiri) pada Sidang Kemuncak Tenaga Digital Huawei Malaysia 2023 di W Hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) boleh membawa manfaat ekonomi seperti penciptaan pekerjaan dan peningkatan keselamatan tenaga.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peralihan tersebut boleh membawa kepada potensi jualan elektrik rentas sempadan pada masa depan serta aktiviti seperti perdagangan karbon.

Katanya, perkara tersebut akan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial untuk Malaysia.

“Semua ini akan membantu meletakkan Malaysia sebagai hab tenaga boleh diperbaharui untuk rantau ini dan menarik pelaburan asing ke dalam negara melalui pembangunan loji janakuasa RE serta daripada hasil melalui kemungkinan penjualan elektrik RE yang merentas sempadan.

“Kerajaan Malaysia kekal komited untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan teknologi hijau, beralih daripada penggunaan teknologi kepada pengeluaran teknologi,” katanya dalam ucapan penutup Sidang Kemuncak Tenaga Digital Huawei Malaysia 2023 di W Hotel di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menjayakan peralihan ke teknologi hijau tersebut, negara memerlukan bakat yang betul dan ini termasuk menjadikan industri tersebut menarik kepada pekerja Malaysia, terutamanya golongan belia.

“Saya difahamkan bahawa Huawei sudah bekerjasama dengan rakan kongsi, termasuk Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk merapatkan jurang bakat dalam bidang ini.

“Saya berharap lebih banyak syarikat akan melangkah ke hadapan untuk melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Seterusnya, Nik Nazmi mencabar sektor korporat untuk turut membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bekerjasama dengan mereka untuk membantu golongan tersebut mengguna pakai RE dan teknologi hijau.

“Ini penting memandangkan betapa pentingnya mereka kepada ekonomi seperti Malaysia, serta memandangkan betapa pentingnya alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) kini untuk menjalankan perniagaan rentas sempadan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.