Penuntut dikhuatiri lemas di Tanjung Rhu

Penuntut dikhuatiri lemas di Tanjung Rhu

LOKASI seorang pemuda dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan ombak kuat ketika mandi bersama beberapa rakannya di Pantai Tanjung Rhu, di sini, pada pukul 7.20 petang semalam.

Mangsa, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, merupakan penuntut  jurusan Kejuruteraan Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang sedang menjalani latihan amali di pulau pelancongan ini sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa cuba diselamatkan oleh rakan-rakan dan pelancong yang berada berhampiran lokasi kejadian, namun gagal kerana keadaan ombak yang kuat.

“Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 57 pegawai dan anggota polis, bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan pada malam tadi dan disambung semula pagi ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.