Pengukuhan nilai ringgit, mata pelajaran pilihan raya di sekolah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Pengukuhan nilai ringgit, mata pelajaran pilihan raya di sekolah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengukuhan nilai mata wang ringgit dengan mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat, Singapura dan rupiah antara yang menjadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) dijangka bertanya soalan itu kepada Menteri Kewangan sebab utama pengukuhan nilai mata wang ringgit selaras mata wang asing dan kesan terhadap ekonomi serta inflasi negara.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu dijadual bertanya soalan tersebut menerusi sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pagi ini.

Selain itu, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) meminta Menteri Pendidikan menyatakan tahap kesediaan kementerian bagi memperkenal mata pelajaran berkaitan pilihan raya atau memasukkan elemen undi 18 tahun dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah, seperti yang dituntut oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Bagaimanapun, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan akan didahului Datuk Seri Aminuddin (PH-Port Dickson) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan rancangan bagi menghubungkan jaringan lebuh raya antara Lembah Klang dengan bandar raya Seremban serta bandar-bandar lain di Negeri Sembilan.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN