Pengawal mabuk dadah pukul orang secara tiba-tiba - Utusan Malaysia

Pengawal mabuk dadah pukul orang secara tiba-tiba

Pengawal dadah
ORANG ramai menahan pengawal keselamatan yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah selepas memukul seorang mahasiswa warga FIlipina dalam satu kejadian dekat sebuah pasar raya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang mahasiswa warga Filipina mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul secara tiba-tiba oleh pengawal keselamatan yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam satu kejadian dekat sebuah pasar raya di Glenmarie, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang menyiapkan litar permainan kereta kebal bersama beberapa individu lain dekat sebuah taman berdekatan pasar raya berkenaan sebelum diserang secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang berusia 17 tahun dipukul dengan alat pemampat simen oleh pengawal keselamatan berkenaan.

“Suspek memukul mangsa menggunakan cement compactor sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sunway Medical Centre bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, suspek bagaimanapun mengaku memukul mangsa ketika dalam halusinasi dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

Justeru, Mohd. Iqbal memaklumkan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

“Suspek direman selama empat hari, iaitu bermula hari ini sehingga 15 Februari bagi membantu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung mengenai kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulkifli di talian 03-55202222,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu hantaran dalam Facebook daripada pengguna, Stanlley Tai, yang memuat naik keadaan selepas kejadian yang memaparkan mangsa cedera serta pengawal keselamatan terbabit ditahan oleh orang ramai.

Menurutnya, suspek mencederakan mangsa yang juga pelanggannya sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

“Suspek cuba melarikan diri namun saya dan beberapa rakan lain berjaya menangkap suspek. Saya ikat mangsa menggunakan cable tie sambil menunggu polis datang untuk membawa mangsa ke balai polis,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.