Peminta sedekah rompak warga Myanmar dipenjara tujuh tahun, satu sebatan  - Utusan Malaysia

Peminta sedekah rompak warga Myanmar dipenjara tujuh tahun, satu sebatan 

MOHD. Fairuz Embong (tengah) yang dijatuhkan hukuman atas tuduhan merompak seorang lelaki warga Myanmar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peminta sedekah dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan atas kesalahan merompak seorang lelaki warga Myanmar, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Mohd. Fairuz Embong, 41, didapati bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak wang tunai RM518, kad pengeluaran bank (ATM) dan kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) milik mangsa.

Kesalahan itu dilakukan Mohd. Fairuz terhadap mangsa berusia 44 tahun itu di tepi jalan di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, kira-kira pukul 6.20 petang pada 11 Mei 2021.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh ditangkap iaitu 14 Mei 2021.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. – UTUSAN

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.