Pemimpin baharu bakal terajui Ketua Pejuang Terengganu - Utusan Malaysia

Pemimpin baharu bakal terajui Ketua Pejuang Terengganu

WAN NAZARI WAN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Peletakan jawatan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Terengganu, Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh baru-baru ini tidak menjejaskan persediaan parti itu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tidak lama lagi.

Wan Nazari berkata, beliau telah mencadangkan beberapa nama calon pengganti yang sesuai untuk mengemudi parti itu agar lebih kukuh di Terengganu selepas ini.

“Saya mengambil tindakan itu (meletakkan jawatan) kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa perkara lain yang perlu diberi keutamaan ketika ini.

“Secara tidak langsung, keputusan tersebut juga memberi peluang kepada Pejuang untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pemimpin yang masih muda untuk meneruskan agenda perjuangan parti dalam bidang politik negara ini.

“Bagaimanapun, saya akan terus menyumbang kepada gerakan untuk memperkasakan parti melalui isu-isu peringkat global sebagai Ketua Biro Profesional Pejuang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Nazari memberitahu, beliau menghantar surat peletakan jawatan selaku Ketua Pejuang Terengganu kepada Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada pertengahan Januari lalu.

“Selain itu, saya juga melepaskan jawatan ketua parti itu di Bahagian Besut,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Wan Nazari bertanding di kerusi Parlimen Besut, namun hanya meraih 553 undi dalam saingan empat penjuru itu sekaligus hilang deposit.

Kerusi itu dimenangi calon Pas, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dengan majoriti 18,666 undi, menewaskan calon lain iaitu Datuk Nawi Mohamad daripada Barisan Nasional dan Abd Rahman Aziz Abas daripada Pakatan Harapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.