Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan

KEADAAN kemalangan tiga kenderaan yang menyebabkan seorang pemandu lori maut di Kilometer 352.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 352.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.20 pagi itu, mangsa, R. Nantha Kumar, 29, yang memandu lori muatan ayam segar maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku membabitkan lori dipandu mangsa dan sebuah lori muatan kotak dan treler muatan sayur.

Katanya, ketika kejadian, ketiga-tiga kenderaan dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori dipandu mangsa telah hilang kawalan dan melanggar belakang lori muatan kotak.

“Selepas perlanggaran pertama, pemandu lori muatan kotak itu telah mengelak ke kiri jalan sebelum melanggar pula bahagian hadapan sebelah kiri treler muatan sayur.

“Akibat perlanggaran itu pemandu lori ayam segar mengalami kecederaan pada bahagian dalaman dan disahkan maut di tempat kejadian manakala dua pemandu lain masing-masing berusia 44 dan 29 tahun tidak cedera,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan di beberapa bahagian dan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan.

“Siasatan mendapati punca kemalangan akibat lori dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ruzainal Aman Ruslan di talian 012-4500968 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.