Pemandu ‘beraksi’ di lebuh raya Dash ditahan - Utusan Malaysia

Pemandu ‘beraksi’ di lebuh raya Dash ditahan

Pemandu Dash
DUA suspek yang dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuhraya DASH ditahan polis di IPD Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua orang lelaki yang bekerja sebagai mekanik ditahan kerana memandu secara berbahaya di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash), awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku di antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 1.30 pagi itu melibatkan enam buah kereta Proton Satria.

“(Suspek) melakukan aksi berlumba bermula daripada Plaza Tol Denai Alam sehingga ke kilometer 0 (susur ke Pulau Angsa) DASH dan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan berkenaan satu video viral melibatkan kejadian itu lebih kurang pukul 11.35 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis menahan dua suspek yang berumur 20 hingga 29 tahun semasa mereka hadir di balai polis Seksyen 9, kira-kira pukul 11.49 malam.

Jelas Mohd. Iqbal, selain itu polis turut merampas dua buah kereta Proton Satria yang dipercayai digunakan dalam perlumbaan berkenaan.

“Empat lagi suspek masih lagi dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Bin Razak di talian 0194475767,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya