Pelajar rosakkan harta benda sekolah diberi kaunseling - Utusan Malaysia

Pelajar rosakkan harta benda sekolah diberi kaunseling

TANGKAP layar video yang menunjukkan pelajar merosakkan harta benda sekolah yang tular dalam media sosial yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan di SPS, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kementerian Pendidikan sedang melaksana program intervensi serta memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme. 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian sudah selesai melakukan siasatan mengenai kes itu dan pelajar serta ibu bapa mereka sudah dipanggil. 

“Proses intervensi sudah dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kaunseling turut disusuli, selepas ini kami akan melihat hasil daripadanya untuk mengetahui punca perkara itu berlaku. 

“Saya faham ramai yang marah mereka tapi saya berharap semua takkan berputus asa dengan anak-anak kita, beri mereka peluang untuk didikan dan teguran serta kaunseling yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan sempena hari pertama ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat di sini hari ini.

FADHLINA Sidek beramah mesra bersama calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki dewan peperiksaan ketika lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. – UTUSAN/AMIR KHALID

Terdahulu tular dua rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah di Pulau Pinang merosakkan harta benda sekolah.

Fadhlina berkata, pihaknya percaya ia adalah suatu isu untuk ditangani bersama komuniti, ibu bapa, guru dan kaunselor bagi memastikan pelajar terlibat tidak mengulangi perbuatan itu lagi. 

“Kita sudah serahkan isu disiplin ini kepada pihak sekolah dan saya percaya beberapa tindakan sudah diambil berkaitan isu vandalisme ini.

“Saya juga memohon identiti dan wajah anak-anak ini tidak disebarkan termasuklah identiti sekolah. Sesiapa yang masih lagi menyebarkan video ini, diminta untuk turunkan kerana kita hendak melindungi anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata, di samping mereka mendapat kaunseling yang berterusan, pihaknya bimbang sekiranya video terus disebarkan, proses intervensi tidak dapat dijalankan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.