Pejalan kaki maut digilis

Pejalan kaki maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut digilis sebuah treler dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira pukul 12.40 tengah malam itu, pemandu treler berusia 38 tahun itu dikatakan menghidupkan enjin kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pemandu treler kemudian bergerak mengambil muatan di Pelabuhan Barat, Klang kira-kira jam 12.40 tengah malam.

“Semasa mula bergerak, pemandu itu dimaklumkan  telah melanggar seorang lelaki.

“Pemandu berkenaan terus memeriksa dan  mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tayar belakang sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 23 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya