PBM struktur semula parti, Steven Choong ganti Haniza

PBM struktur semula parti, Steven Choong ganti Haniza

WONG ANAK JUDAT (kiri) dan STEVEN CHOONG SHIAU YOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 10 Februari bersetuju melantik Steven Choong Shiau Yoon dan Wong Anak Judat sebagai Timbalan Presiden. 

Steven Choong menggantikan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Haniza Mohamed Talha yang dipecat sebelum ini. 

Menurut Jabatan Penerangan dan Komunikasinya, langkah itu bagi memperkemas dan menyusun kembali organisasi parti setelah parti melalui satu proses pembersihan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Jelas kenyataan itu, tindakan itu juga diambil bagi membina kembali kekuatan parti agar terus relevan membina negara bersama kerajaan Perpaduan Malaysia. 

“Jawatan naib presiden kanan pula disandang oleh Paul Yong Choo Kiong dan naib presiden adalah Datuk Chua Lian Chye. Setiausaha agung parti yang baharu adalah bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Anak Kujat, manakala bendahari agung disandang oleh Engga Anak Unchat.

“Pada mesyuarat tersebut juga telah diputuskan beberapa Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Negeri yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kenyataan itu menambah, gerak kerja penyusunan dan memperkasa struktur negeri-negeri juga telah selesai dan kini PBM akan terus memfokus kepada persiapan memperkemas akar umbi dan penjenamaan semula parti agar terus mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. 

“PBM juga optimis untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan untuk memastikan negara Malaysia stabil dan berdaya saing dalam mendepani cabaran mendatang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×