Patah jari dirempuh kereta langgar lampu isyarat - Utusan Malaysia

Patah jari dirempuh kereta langgar lampu isyarat

Patah jari
TANGKAP kejadian kemalangan dekat persimpangan lampu isyarat di Batu Unjur, Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja khidmat pelanggan patah jari kaki selepas tular dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat di persimpangan Batu Unjur di sini, semalam.

Kejadian pukul 6.50 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 27 tahun berkenaan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Taman Chi Liung menghala ke Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira dipandu peniaga ikan berusia 20 tahun.

“Sejurus bergerak, mangsa bagaimanapun dirempuh pemandu Wira yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Pemandu berkenaan ketika itu datang dari arah Pandamaran menghala ke Taman Sentosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hoong Fong, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami patah jari kaki kanan dan luka anggota badan manakala pemandu itu tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan penunggang motosikal yang bergerak selepas lampu isyarat hijau dirempuh sebuah kereta di persimpangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.