Parlimen: Projek LCS, kereta elektrik, kebebasan media antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Parlimen: Projek LCS, kereta elektrik, kebebasan media antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang gagal disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) meminta Menteri Pertahanan menyatakan langkah-langkah ke hadapan kementerian dalam menangani isu melibatkan LCS yang semakin meruncing.

Nordin dijangka bertanyakan soalan itu menerusi waktu pernyataan-pertanyaan bagi jawab lisan pagi ini di Dewan Rakyat.

Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan dasar kerajaan bagi menggalakkan penggunaan kereta elektrik (EV) serta penambahan ‘charging point’ EV di seluruh negara.

Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pula meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh mana Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak sebagai pengawal kepada kebebasan media terutama media elektronik.

Selain itu, beliau dijangka bertanya jika kerajaan berhasrat mengkaji semula akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita tidak beretika dan jujur dalam mengeluarkan kenyataan seperti peletakan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN