Padah guna plat 'fancy' - Utusan Malaysia

Padah guna plat ‘fancy’

Plat fancy
ANTARA kenderaan yang diperiksa dalam operasi khas di susur keluar LKSA, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan lapan kenderaan menggunakan nombor plat ‘fancy’ memakan diri apabila dikenakan tindakan dalam operasi khas di susur Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), semalam.

Lima kereta serta tiga motosikal itu disaman polis dalam Op Khas Kesalahan Nombor Pendaftaran berkenaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi yang dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan menjalankan pemeriksaan ke atas 80 kenderaan dan 96 individu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam berkaitan pemilik kenderaan mempamerkan nombor plet yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Sebanyak 32 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lapan berkaitan nombor plat fancy.

“JAS turut mengeluarkan tiga notis pemeriksaan terhadap tiga pemandu lori atas kesalahan ekzos,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, operasi khas itu dikuatkuasakan bermula 15 sehingga 28 Februari ini.

“Penguatkuasaan itu juga susulan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerima banyak rungutan mengenai penggunaan nombor plet berkenaan.

“Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.