Nurul Amal ingin baiki kekurangan parti

Nurul Amal ingin baiki kekurangan parti

Nurul Amal Mohd. Fauzi (kiri) mengisi borang kehadiran ketika tiba bagi menyerahkan borang calon ketua puteri UMNO sempena Pendaftaran Calon Pemilihan UMNO 2023-2026 di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi hari ini menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO sesi 2023 hingga 2026 dalam pemilihan parti itu, di Menara Dato Onn di sini.

Beliau tiba di pusat pencalonan kira-kira pukul 10.50 pagi, lewat sejam dari yang dijadualkan.

Nurul Amal berkata, beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu kerana ingin menambah dan memperbaiki kekurangan di dalam parti khususnya bagi sayap Puteri UMNO. 

Katanya, penyertaan beliau juga tidak didorong atau dipaksa oleh pihak tertentu sebaliknya hanya mahu melihat parti itu bangkit kembali. 

“Sudah tentu, saya juga mahu memeriahkan demokrasi, dan sudah pasti saya mengharapkan kesemua calon pun (berasakan yang sama). Apa yang penting adalah kita mempertahan perlembagaan parti dan institusi presiden. 

“Saya rasa pertandingan kali ini ramai yang sayangkan parti UMNO, saya mengharapkan yang terbaik dan seterusnya untuk legasi Pergerakan Puteri UMNO bertambah baik,” katanya ketika ditemui selepas selesai menghantar borang pencalonan berkenaan.

Ditanya mengenai sumbangan, pencapaian dan ciri-ciri dimiliki beliau supaya melayakkannya memegang jawatan itu, Nurul Amal enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan sepenuhnya keputusan pada para perwakilan. 

“Masing-masing ada kelebihan. Saya pun tidak mahu komen banyak kerana ini adalah pemilihan. Jadi, kita serahkan pada perwakilan dan pemilihan siapa yang layak dinobatkan sebagai Ketua Puteri UMNO kali ini,” katanya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.