MHO tuntut perkasakan akta buat kesalahan penipuan dalam talian

NGO tuntut perkasakan akta buat kesalahan penipuan dalam talian

HISHAMUDDIN HASHIM (tiga dari kiri) bersama MUSA HASSAN (tiga dari kanan) dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadang kepada kerajaan agar penjenayah dalam talian (scammer)  tidak diklasifikasikan di bawah kesalahan sivil. 

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati kes penipuan atau scammer kerap diklasifikasikan sebagai kes sivil yang dilihat tidak berkesan. 

“Bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah kes ini yang diklasifikasi sebagai kesalahan sivil menjadi perjuangan dilakukan mereka sebagai sia-sia.

“Dari sudut perundangan di mahkamah, memang kita akan menang tetapi dari sudut perintah dikeluarkan mahkamah kepada syarikat yang tidak mempunyai aset tetap membuatkan mereka terlepas daripada bankrap dan tidak perlu memberikan semula pampasan kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini. 

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), tuntutan itu dibuat untuk mengembalikan semua keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM.

Katanya, kerap kali pihaknya menerima rungutan orang awam berhubung laporan yang dibuat mereka tiada siasatan dijalankan.

“Kes sebegini perlu diambil perhatian, kita tidak mahu sangkaan orang awam yang scammer diberi perlindungan,” katanya. 

Beliau turut meminta pihak polis memaklumkan dari masa ke semasa modus operandi terbaharu jenayah penipuan dalam talian. 

“Polis perlu mendapatkan mereka ini supaya boleh dibawa ke keadilan kerana dengan cara itu imej pasukan dapat dijaga, dan tidak akan diperlekehkan terutamanya daripada masyarakat,” jelasnya.

Terdahulu, MHO turut menyerahkan memorandum dan kira-kira 200 laporan berkaitan penipuan dalam talian yang dibuat oleh mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya