Negara kehilangan tokoh ilmuan Dr. Mohd. Kamal - Utusan Malaysia

Negara kehilangan tokoh ilmuan Dr. Mohd. Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan meninggal dunia pada usia 81 tahun pada awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh IKIM menerusi satu hantaran Facebook sebentar tadi.

“Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan semua warga IKIM, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Professor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Pengerusi IKIM yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.27 pagi, 23 Februari 2023 bersamaan 2 Syaaban 1444H,” jelas hantaran itu.

Dilaporkan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kembali ke rahmatullah kerana kompilasi berkait rapat dengan prosedur pembedahannya sebelum ini.

Allahyarham dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada Februari tahun lalu.

Beliau adalah seorang tokoh pemikir Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Dilahirkan pada 1942 di Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada 1965 dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah, Columbia University, New York pada 1975.

Keilmuan serta ketokohan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tokoh itu pernah diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya