Nak suruh nyanyi lagu nasyid pun boleh - Alif Satar - Utusan Malaysia

Nak suruh nyanyi lagu nasyid pun boleh – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Alif Satar, tidak menolak gabungannya bersama kumpulan The Locos memiliki keistimewaan dan identiti tersendiri untuk terus mengukir langkah dalam industri muzik.

Sebagai vokalis, Alif yakin, versatiliti muzik yang diketengahkan The Locos mampu memahat nama mereka dengan lebih kukuh dalam industri muzik.

“Sebenarnya ramai yang tanya apa lagi yang boleh dilakukan The Locos. Insya-Allah, dengan kelebihan kami sebagai kumpulan serba boleh, saya fikir tidak mustahil band ini akan menjadi nama besar dalam industri muzik.

“Kami tidak membataskan muzik kepada genre tertentu, malah kalau mahu kami membawakan lagu nasyid pun boleh.

“Bagi saya, The Locos istimewa kerana kami membawa misi yang sama sebagai sebuah kumpulan,” katanya.

Ditanya sama ada dia lebih selesa menjadi pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) berbanding bertanding di pentas berprestij itu, Alif berkata, AJL37 memberikan pengalaman pertama dia beraksi sebagai finalis.

“Ini kali pertama kali saya bersaing pada acara kemuncak sepanjang 17 tahun dalam industri muzik. Selama ini, orang hanya melihat saya sebagai pengacara anugerah tersebut.

“Terus-terang, gementar juga bila bertanding. Ada ketika, rasanya lebih baik menjadi pengacara.

“Tetapi, ini semua pengalaman dan saya bersyukur kerana mendapat peluang menjadi finalis, selain pengacara untuk sebuah anugerah berprestij,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia bersama The Locos dalam perancangan untuk menjayakan siri persembahan jelajah.

Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak Warner Muzik.

“Kalau ada yang perasan, kami datang ke Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu dengan menaiki bas yang ditempah khas.

“Kami juga bersiap dalam bas tersebut untuk ambil ‘feel’ seperti sedang menjayakan persembahan jelajah. Kami bagaimanapun, sasarkan persembahan berskala kecil dahulu,” katanya.

Kemuncak AJL37 menyaksikan Alif Satar & The Locos meraih tempat ketiga menerusi lagu Anugerah Terindah, sekali gus membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.