My QuranTime beralih siaran ke TV9 pula

My QuranTime beralih siaran ke TV9 pula

TANGKAP layar poster My QuranTime yang akan ke udara menerusi stesen TV9 dari studio baharu di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berita baik buat penggemar program My QuranTime apabila rancangan tadabbur kitab suci tersebut akan bersiaran pula menerusi stesen TV9 bermula pada esok.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob menerusi kenyataan yang disiarkan laman sosial rasmi program itu.

Uniknya, rancangan musim kedua selama sejam setiap hari itu akan bersiaran langsung terus dari Studio My QuranTime yang telah diserahkan semalam di Shah Alam, Selangor.

Premis tetap yang baharu disiapkan untuk program itu mampu memuatkan kira-kira 100 penonton dan adalah hasil dana umat Islam disumbang melalui Tabung Gerakan Al-Quran.

“Untuk musim kali ini, sebanyak 2,114 episod akan diterbitkan pihak yayasan dari studio tersebut secara langsung dari pukul 12 tengah hari sehingga 1 tengah hari,” jelas beliau.

Bagi penonton yang terlepas peluang dan ingin mengikuti siaran ulangan My QuranTime, mereka boleh menyaksikan juga di saluran TV9 pada pukul 4.30 pagi bermula Isnin ini.

Setakat ini ujar Hussamuddin, lebih 70,000 warganet turut menyaksikan program itu setiap hari menerusi wadah secara digital sama ada di laman sosial Facebook atau YouTube.

My QuranTime mengekalkan format persembahan untuk umat Islam menghayati al-Quran melalui pemahaman tadabbur, bimbingan bacaan mantap bertajwid serta ada tahsin.

Unit penyelidikan yayasan itu jelas beliau, juga membuat kajian mendalam setiap halaman kitab suci tersebut menggunakan model yang ada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Seramai lapan orang pengkaji tetap daripada yayasan berkenaan turut dilibatkan dengan mereka merujuk kepada sejumlah 21 judul kitab utama dalam penghasilan setiap episod.

“Dua qari tetap akan bertugas secara bergilir-gilir iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali dengan pentadabbur program ialah Fazrul Ismail,” kata Hussamuddin.

Sebelum ini untuk musim pertama sejak awal 2020 lalu, program itu telah bersiaran melalui stesen TV AlHijrah dari studio di Kompleks Islam Kuala Lumpur sebanyak 838 episod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya