MSUMC, FAS meterai kerjasama perubatan, pemulihan kesihatan - Utusan Malaysia

MSUMC, FAS meterai kerjasama perubatan, pemulihan kesihatan

MSUMC FAS
TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan Majlis Memeterai MOU antara MSU Medical Centre dan FAS, turut hadir Mohd Shukri Ab Yajid (dua, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MSU Medical Centre, Zahri Abd Ghani (kanan), dan Pengurus Selangor MAC, Mimi Afzan Afza (kiri), di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pusat Perubatan MSU (MSUMC) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama pintar dalam bidang perubatan dan pemulihan kesihatan.

MoU itu turut melibatkan penajaan berjumlah RM200,000 bagi pasukan futsal negeri, Selangor MAC dalam Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) tahun ini.

Ia turut melibatkan sokongan pegawai perubatan, konsultansi dan rawatan pergigian serta penggunaan pusat fisioterapi bagi pemain yang mahu melanjutkan pengajian di Management & Science University (MSU).

Pengasas dan Presiden MSUMC, Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, kerjasama itu meliputi aspek pemeriksaan kesihatan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan, konsultansi perubatan dan pemulihan termasuk perkhidmatan ambulans.

“FAS berperanan penting dalam pembangunan pasukan futsal MSU yang bakal menyertai Liga Super Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 terutama dalam penggunaan fasiliti, latihan dan perkongsian kepakaran.

“Kerjasama ini mampu meningkatkan prestasi atau pembangunan Selangor MAC dan MSUMC dapat menyalurkan ilmu kepakaran bagi memastikan aspek kesihatan dan kecergasan pemain berada pada tahap optimum,” katanya pada majlis menandatangani MoU itu di Dewan Canselor MSU, hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor yang juga Presiden FAS, Tengku Amir Shah menyaksikan pemeteraian MoU itu antara Ketua Pegawai Eksekutif MSUMC, Zahri Abd. Ghani dan Pengurus Selangor MAC, Mimi Afzan Afza.

Tambah Mohd. Shukri yang juga Presiden MSU, kolaborasi itu turut menyaksikan perkongsian kepakaran dalam bidang sains sukan, perubatan sukan, pengurusan hiburan dan rekreasi serta pendidikan fizikal.

“Ia melibatkan International Medical School (IMS), Faculty Health and Life Sciences (FHLS) dan School of Education and Social Sciences (SESS) universiti ini. Kita berharap MoU ini membantu FAS membentuk pasukan futsal yang berdaya saing di peringkat serantau,” katanya.

Saingan MPFL 2023 membuka tirai esok hingga Julai depan itu membariskan sebanyak 14 pasukan bertanding yang terbahagi kepada dua kumpulan mengikut zon dengan pertandingan dijalankan secara format liga dua pusingan di venu pilihan pasukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya