MPC bantu syarikat jimat 45 peratus kos operasi - Utusan Malaysia

MPC bantu syarikat jimat 45 peratus kos operasi

MPC syarikat
MAZRINA Mohamed Ibramsah bergambar bersama penerima pengiktirafan produktiviti daripada MPC dalam Majlis Pengiktirafan Program Peningkatan Produktiviti Syarikat Tempatan di bawah Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia (AutoPro) dan Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (Puspaw) di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya penjimatan sebanyak 45 peratus dalam kos operasi perniagaan menerusi program Produktiviti Perusahaan melibatkan syarikat tempatan yang dilaksanakan sejak tahun lalu.

Malah, perbadanan itu turut menyasarkan 60 peratus peningkatan produktiviti menerusi modul yang dirangka secara umum dan spesifik dengan kerjasama industri dalam pelbagai sektor seperti elektrik dan elektronik (E&E), pelancongan, peruncitan dan automotif.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, tahun ini MPC terus menyasarkan untuk membantu syarikat dalam sektor E&E dan dalam masa sama melaksanakan program tersebut bersama sektor lain termasuk automotif.

“Sebenarnya pada tahun ini, kita fokus untuk memperkasakan minda produktiviti. Kita hendak tumpukan sebenarnya kepada E&E dan dalam masa sama automotif sebagai sampingan, kita akan bantu mereka.

“Jadi, kita akan proliberate apabila berjaya laksanakan dengan program hari ini. Kalau berjaya, kita nampak faedah besar, kita akan kembangkan lagi kepada semua syarikat automotif yang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Program Peningkatan Produktiviti Syarikat Tempatan.

Beliau menjelaskan, sektor E&E merupakan penyumbang utama (pelaburan dalam negara) yang memberi nilai pelaburan tinggi serta menunjukkan perubahan ketara apabila perubahan dalam  penjimatan dan peningkatan produktivitinya sangat tinggi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan MPC berjaya mencatatkan laporan penjimatan sehingga RM3 juta keseluruhan menerusi Produktiviti Perusahaan melibatkan 28 syarikat dalam tempoh tiga bulan program.

“Pada tahun lepas kita laksanakan pilot program kepada dua sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia. Mereka adalah syarikat peneraju atau besar membantu vendor mereka untuk melaksanakan program sebegini. Contohnya E&E, kita laksanakan pada satu syarikat yang melibatkan 12 pembekalnya.

“Satu syarikat melibatkan sekurang-kurangnya satu projek, dan setiap satu projek itu boleh menjimatkan lebih daripada RM100,000 kepada syarikat vendor tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, menerusi program melalui syarikat peneraju, matlamat perkongsian amalan terbaik akan dilaksanakan kepada syarikat pembekal, sementara MPC akan memberikan pengiktirafan sebagai motivasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya