MKT UMNO bincang soal pemilihan, bukan soal pecat atau gantung ahli - Utusan Malaysia

MKT UMNO bincang soal pemilihan, bukan soal pecat atau gantung ahli

AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO. - UMNO ONLINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini hanya membincangkan soal pemilihan parti dan tidak melibatkan soal pemecatan atau penggantungan mana-mana ahli.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu dipengerusikan dengan lancar oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Antara lain membincangkan tentang pemilihan di cawangan yg sedang berlangsung serta urusan dalaman dan pengukuhan parti.

“UMNO terus komited untuk memantapkan asas dan tujuan perjuangannya demi manfaat ahli, rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Walau bagaimanapun, Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa soal pemecatan dan penggantungan ahli juga menjadi perbincangan dalam mesyuarat.

“Kita bincang terma-terma kempen dalam pemilihan parti. Pecat-pecat, gantung itu belum ada, ia akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, ada dibincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato. Onn.

Namun, ketika ditanya mengenai soal pemecatan dan penggantungan, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

“Kita bincang soal pemilihan. Soal pemecatan dan penggantungan sudah dibincangkan dalam mesyuarat lepas,” katanya kepada pemberita.

Mesyuarat hari ini bermula dengan pelantikan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ahli MKT baharu yang dilantik oleh Presiden UMNO.

Ia disusuli dengan pengumuman oleh Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

Ia bersempena pendaftaran calon Pemilihan UMNO 2023-2026 bagi jawatan ahli MKT, exco Wanita, Pemuda dan Puteri yang dibuka sejak 13 Februari yang mendapat sambutan menggalakkan menurut Isham.

Tarikh tutup pendaftaran calon pemilihan adalah pada 26 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya