Miko Peled akan bongkar komplot hancurkan Palestin

Anak bekas jeneral Israel akan bongkar komplot hancurkan Palestin

DR. FAUZIAH MOHD. HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kehadiran warga Israel, Miko Peled antara tarikan utama pada Persidangan Antarabangsa Palestin Kuala Lumpur yang akan berlangsung tiga hari bermula Jumaat ini.

Menurut Pengerusi Malaysian Women’s Coalition for Al Quds and Palestine, Dr. Fauziah Mohd. Hasan, persidangan edisi kedua itu bakal membawa tema khusus, The Caged Eye.

“Ia sebagai simbolik solidariti kepada penderitaan tahanan rakyat Palestin hidup dikurung dalam penjara haram rejim Zionis,” katanya pada sesi wawancara khas dengan Radio IKIM.

Persidangan sulung pada 2020 lalu terpaksa diadakan secara maya susulan isu Covid-19 dan kali ini acara itu bakal diadakan di Hotel Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan.

Antara yang menarik ialah ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds, Dr. Sharif Amin Abu Shammala serta bekas banduan wanita Palestin, Samar Sbeih dan Rana Shubair.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, setakat April tahun lalu, seramai 4,450 warga Palestin dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis termasuk 160 orang kanak-kanak dan 32 wanita.

Daripada jumlah keseluruhan itu ujar beliau, 549 banduan terbabit menerima hukuman penjara sepanjang hayat manakala 499 individu lagi sudah lebih 20 tahun dikurung amat zalim.

“Bagi beri gambaran jelas kesengsaraan mereka, kita ada jemput Peled yang merupakan anak kepada bekas jeneral tentera Israel dan pernah terlibat dalam perang,” tambahnya.

Datuk beliau, Avraham Katsnelson ialah antara pengasas Israel yang menandatangani  Deklarasi Kemerdekaan negara haram ditaja oleh pihak kerajaan Britain pada 1948.

Sementara bapanya, Mattiyahu Peled pula pernah terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari 1967 sebelum berundur kerana memprotes isu kekejaman Zionis.

Peled yang kini berusia 62 tahun itu dan turut memiliki kewarganegaraan AS akan menyertai forum persidangan Sabtu ini dengan tajuk We Are All Prisoners. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya