Maybank, THT sama handal catat keputusan seri 2-2 - Utusan Malaysia

Maybank, THT sama handal catat keputusan seri 2-2

PEMAIN THT, Abdul Khalid Hamirin (dua, kiri) diasak oleh pemain Maybank pada aksi Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2023 di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, petang tadi. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Maybank dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) ternyata sama handal setelah mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Maybank kekal memimpin carta MHL dengan kelebihan jaringan apabila kedua-dua pasukan berkongsi 10 mata daripada empat perlawanan.

Pertembungan dua pasukan teratas itu berlangsung sengit dan Faizal Saari terlebih dahulu meletakkan THT di depan dengan menyambar hantaran Muhd. Marhan Jalil pada minit ke-17.

Maybank bagaimanapun kembali mengimbangi permainan dan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-30 menerusi jaringan sudut penalti daripada Muhamad Izham Azhar.

Saingan suku ketiga makin rancak namun percubaan berturut-turut Akhimullah Anuar Esook dan Fitri Saari pada minit ke-33 diselamatkan penjaga gol Maybank, Zaimi Mat Deris.

Zaimi yang juga penjaga gol kebangsaan terus cemerlang menafikan pukulan sudut penalti tonggak THT, Jang Jonghyun pada minit ke-43 dan minit ke-49.

Maybank yang sesekali melancarkan serangan balas hampir mengejutkan tuan rumah malangnya hantaran Najmi Farizal Jazlan (m-51) gagal disambar rakan-rakan sepasukan di depan pintu gol.

Kem THT kembali ceria selepas gerakan Shello Silverius dari sebelah kanan disudahkan Fitri yang melakukan pukulan kencang menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-54.

Razie Abd. Rahim muncul wira Maybank dengan bola pukulan sudut penaltinya, 20 saat sebelum tamat, menerjah jaring untuk menjadikan kedudukan 2-2 sekaligus melegakan kem pelawat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya