Mapim lancar tabung gempa bumi Turkiye, Syria

Mapim lancar tabung bantu mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

GAMBAR menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa dari bangunan lapan tingkat yang ranap di Hama, Syria selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di selatan Turkiye. -AFP

PETALING JAYA: Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) melancarkan tabung bantuan kecemasan susulan bencana gempa bumi di selatan Turki dan utara Syria yang mengorbankan ribuan nyawa.

Ketika ini jumlah korban di kawasan berkenaan telah melebihi 500 nyawa dan ia dijangka bertambah kerana ramai lagi dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan.

Keadaan salji dan cuaca buruk turut menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan dengan dugaan mangsa di sana, Mapim Malaysia merayu sumbangan orang ramai.

Ia boleh dibuat menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM (maybank 562263540066)

Sebagai makluman, Mapim Malaysia akan menggerakkan misi bantuan ke sana dalam masa terdekat. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN