Mangsa hanyut ketika mandi sungai ditemukan

Mangsa hanyut ketika mandi sungai ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa yang hanyut ketika mandi di Sungai Pisang, Batu 12, Gombak di sini, kelmarin ditemukan lemas, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat lelaki berusia 20-an ditemukan kira-kira pukul 10.34 pagi di kawasan kunci air Sungai Kerdas, di sini.

Katanya, lelaki tersebut hanyut di Selayang ditemukan pada jarak dianggarkan 10 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kelmarin, media melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras susulan hujan lebat semasa mandi bersama seorang rakannya di sungai terbabit.

JBPM menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, rakannya yang terperangkap di seberang sungai yang berkeluasan 20 meter itu berjaya diselamatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.