Malaysia berpotensi jadi pusat penyelidikan benih tahan lasak  - Utusan Malaysia

Malaysia berpotensi jadi pusat penyelidikan benih tahan lasak 

Penyelidikan benih
LOKMAN Hakim Ali (kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim meninjau pameran pada Jelajah Agro-Tourism dan Agro-Youth MAFS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Malaysia berpotensi menjadi pusat penyelidikan benih tanaman yang lebih tahan lasak dengan perubahan iklim dunia yang dapat disesuaikan dengan keadaan tanah tidak seperti dulu akibat cuaca tidak menentu. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, hanya lima syarikat dalam kalangan negara ASEAN menjalankan penyelidikan benih termasuk Malaysia melalui Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG) yang beroperasi di Sungai Buloh.

“Jadi kita melihat potensi tersebut untuk tanaman dan ternakan amat besar. Kalau kita lihat suasana kitaran cuaca hari ini, aktiviti penyelidikan benih mestilah terus diperkasakan lagi kerana keadaan cuaca kita tidak seperti dahulu,”katanya ditemui selepas merasmikan Jelajah Agro-Tourism dan Agro-Youth MAFS, hari ini.

Beliau menambah, benih sedia ada terdedah dengan suhu panas dan hujan, justeru ia memerlukan kajian benih yang lebih matang dan tidak terkesan dengan perubahan cuaca.

“Kita ada agensi di bawah kementerian seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang boleh kita perkasakan aktiviti penyelidikan dengan syarikat-syarikat swasta untuk kita mencari strategi memperkemas serta memperkuatkan kerjasama dengan rakan-rakan peringkat ASEAN dan negara-negara luar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya